iklan

Lauterbrunnen

Sunday 10 February 2013

Daging Masak Dendeng


Sesekali makan Daging masak Dendeng, sedap juga. Nak buatnya sedikit leceh....

Bahan-bahan :

1/2 kg daging
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
2 in halia *
4 sudu cili mesin *
1/2 sudu jintan manis, jintan putih dan ketumbar*
sedikit asam jawa
sedikit kicap


Cara-cara :

1. Daging di potong sebuku 4 in, rebus 1 - 1 1/2 jam.
2. Potong nipis2 dan goreng kan daging tersebut. Kegaringan ikut suka, kalau suka lauk yg kering, goreng lebih sikit, tapi nanti jadi liat sikit. Angkat dan ketepikan.
3. Kisar bhan yg bertanda * dan tumiskan hingga garing.
4. Masukkan sedikit kicap dan sedikit air asam jawa.
5. Masakkan hingga kering dan sesuaikan rasa masin dan manis. Masukkan daging dan digaul rata.



5 comments:

  1. tumpang tanya.. teringin nak buat daging goreng dendeng ni. tp org kata pedas... mmg x perlu letak cili ka?

    ReplyDelete
  2. maksud sy cili padi... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi kat atas, saya guna cili kering sahaja.... kalau ikut kuantiti di atas, tak begitu pedas..., tapi terpulang kpd citarasa masing2...

      Kalau nak guna cili padi mungkin boleh tapi takut tak merah hasilnya...

      Delete
  3. Tmpang tanya... daging ni boleh tahan lama ke? Sbb hari tu ade org jual daging ni dlm internet... katanya boleh tahan berbulan2... betul ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg boleh tahan bebulan bulan.. tapi jangan rebus daging tu sebaliknya keringkan dkt luar rumah.. maksudnya hiris nipis2 daging tu dan jemur sampai daging tu kering. lps tu tumbuk tapi jgn hancur sngt.. biar nampak kasar sikit..dan masak lah seperti biasa.. cara mcm ni baru boleh tahan lama.. tapi leceh lah, klau ada org jual pun harganya mahal sbb prosesnya susah.. klau nak senang buat yg rebus, itu pun utk satu family makan kann.. xperlu susahkan diri.. selamat mencuba puan :DD

      Delete