iklan

Lauterbrunnen

Wednesday 13 February 2013

Nasi Ayam Hainan Kukus


Sejak musim2 nasi Arab menjadi popular, jarang2 dah masak nasi Ayam..., asyik2 buat nasi Arab...

Semalam lepas berjalan2 ke IKEA dan THE CURVE, sedang2 kelaparan, OTW balik menyinggah ke TTDI. Dah lama juga tak lalu di situ. Sebelum ni masa kerja di KL, expert juga kawasan tu, ada beberapa kali juga ada urusan di sekitar TTDI.

Dalam meround mencari kedai makan melayu, ternampak kedai makan Restoran Puteri, kalau tak silap milik Rubiah Suparman. Dulu masa kerja di Brickfields, selalu gak makan kat cawangan Restorannya di sini. Sedap2 makanan nya, terutama Soto dan lauk pauk yg lain.

Kami pun menyinggah. Masa tu dah pukul 2.30 ptg. Lauk2 pun byk yg dah habis. Aku dan en Suami order nasi ayam aje. Aman ambil nasi campur. Sebab perut lapar atau apa, tapi nasi ayamnya memang sedap. Kojap jo, sepinggan nasi ayam licin. Nampak macam tak cukup pulak en Suami makan. Suruh mintak tambah, tak mahu pulak..., malu la kot...

Disebabkan macam tak cukup je makan nasi ayam semalam, maka hari ni kita buat Nasi Ayam la pulak. Resepi kali ni hasil gabung jalin dgn resepi Nasi Ayam oleh Kak Azura, bff ku.... Dia masak lagi sedap..., harum je baunya.

Nasi Ayam ni, ayamnya tidak digoreng, tapi Insyaallah tak de bau ayam..., sodap gitu...

Cuba lah, ini resepinya...

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam, dipotong ikut suka dan dikelar2 sikit
6 ulas bawang putih *
4 in halia
2 sudu marjerin
3 cawan beras basmathi
1/4 sudu teh minyak bijan

Cara-caranya :
1. Beras direndam sementara menyiapkan bahan2 lain.
2. Panaskan 1 - 1 1/2 liter air dalam periuk.
3. Halia dibahagi 2, separuh dimesin bersama dgn bawang putih dan diketepikan. Seperuh lagi diketuk2 dan masukkan dalam air yg direbus tadi.
4. Campurkan 1/4 drp bahan mesin ke dalam air rebusan. Bila air dah mendidih, baru masukkan ayam.
5. Renehkan 15 minit.
6. Panaskan periuk (kalau boleh non stick, supaya tak melekat), masukkan marjerin dan tumiskan 1/2 bahan mesin tadi hingga kekuningan dan naik bau.
7. Masukkan 4 cawan air rebusan ayam tadi dan biarkan mendidih.
8. Bila dah mendidih baru masukkan beras yg direndam tadi (yg telah ditoskan). Biarkan ia masak hingga kering air.
9. Sementara itu, panaskan kukusan.
10. Keluarkan ayam drp air rebusan, perapkan dgn baki bahan mesin + garam.
11. Bila air nasi sudah kering, pindahkan nasi ke dalam kukusan dan letakkan ayam yg diperap diatas nasi. Tutup dan kukus selama 20 minit lagi atau hingga nasi masak sepenuhnya. Titiskan minyak bijan.





Bahan Sos Cili :

3 biji Cili merah, 10 biji cili padi, 1/2 biji tomato, sehiris halia, 1 - 2 ulas bawang putih, gula garam dan cuka.
Blend dgn sedikit air.








1 comment:

  1. Hari ini saya masak Nasi Ayam Hainan guna pes yang saya beli dari Amway Shop @ Taman Bestari Indah Nusajaya. Ayamnya saya kukus (ikut cara Resipi Bonda) lepas tu digoreng sekejap dengan minyak panas supaya kuning dan Nampak menyelerakan. Sosnya saya blend tomato buah, bawang putih campur cuka, gula gaeam sedikit. Terima kasih kongsi resepi.

    ReplyDelete