iklan

Lauterbrunnen

Sunday 17 February 2013

Opera Torte / Kek Opera





Resepi oleh Anna Olson http://www.foodnetwork.ca/recipes/Dessert/Chocolate/recipe.html?dishid=12541

tetapi ada sedikit penyuasaian mengikut besar dulang pembakar yg saya ada di rumah.

Kek ni sedap sgt kaya rasanya, nak buat tak susah sgt tapi nak memotong agak leceh, comot jadinya...



Penyediaan kek ni memerlukan 4 langkah utama, iaitu penyediaan kek, lapisan Ganache, Coffee Buttercream  dan Coffee Syrup. Saya rasa Lapisan Ganache dan Coffee Butercream baik dibuat awal dan disejukkan dalam peti ais agar mudah utk kerja melapis nanti.

Saya start dgn aturan kerja yg patut dibuat dahulu....

1) Penyediaan Coklat Ganache

Bahan-bahan :

1 1/2 cawan whipping cream
340 gm coklat

Cara :  Coklat dipotong kecil. Panaskan krim sebentar dan terus masukkan ke dalam bekas coklat dan dikacau rata. Biarkan sejuk dalam peti ais.


2) Penyediaan Coffee Buttercream

Bahan-bahan :

A : 3 biji putih telur + 3 sudu besar gula - dipukul kembang.

B : 3 sudu air , 3/4 cawan gula - Air dipanaskan dan dicampurkan dgn gula. Dimasak hingga gula hancur.

Bahan B dimasukkan ke dalam mixer yg masih bergerak. Teruskan memukul sehingga bhgn bawah mangkuk hilang panas.
Campurkan 1 1/2 cawan butter dan 1 1/2 camca teh serbuk nescafe.
Teruskan pukul hingga cream kelihatan sebati. Simpan dalam peti ais.



3) Penyediaan kek Badam

Bahan-bahan :

A : 3 biji telur putih, 3 sudu gula - telur putih dipukul hingga kembang dan dimasukkan gula sedikit demi sedikit.

B : 3 biji kuning telur, 1 biji telur, 1/2 cawan gula - Dalam bekas lain, semua bahan B dipukul hingga kembang dan putih.

C : 1 cawan serbuk badam + 9 sudu tepung kek.


Bahan C di gaul ke dalam bahan B. Kaup balikkan bahan A ke dalam bahan B.
Sediakan loyang 14 x 14 in, lapikkan dgn kertas minyak dan lenser dgn butter.
Ratakan adunan dalam loyang dan bakar dalam suhu 170 C selama 10 minit.
Bila dah masak, sejukkan dahulu.


 4) Penyediaan Coffee Syrup

Bahan-bahan : 3/4 cawan air panas + 4 sudu gula + 1 sudu teh nescafe.


5) Melapis kek

- Kek dipotong 3 sama besar. Kalau ikut loyang yg saya guna lebih kurang 4.5 in.

- Ikut aturan susunan bermula dgn nombor satu, iaitu yg paling bawah...


9) Lapiskan Buttercream- habiskan ½ drp adunan yg tinggal tadi

8) Beruskan Coffee Syrup di seluruh permukaan kek.

            7)  Lapisan kek yg tiga……………………………………………………..

6) Lapisan Chocolate Ganache gunakan 2/3 drp keseluruhan.

5) Beruskan Coffee Syrup di seluruh permukaan kek

4) Lapisan kek yg kedua…………………………………………

3) Lapiskan Buttercream- pakai ½ drp adunan yg dibuat tadi

2) Beruskan Coffee Syrup di seluruh permukaan kek.

1          1)  Lapisan kek yg pertama……………………………………………………..



Kek dipotong 3 - aturan no 1 - 3.


Lapisan kedua kek.

Aturan ke 5 dan 6.


Aturan 7 - 9

- Dah siap lapis, simpan dalam peti ais sebentar. Sementara itu kita sediakan ganache utk menyaluti kek di bhgn atas.
- Lebihan coklat ganache tadi ( 1/3 lagi) + 3 sudu minyak jagung/ sayur dan di double boiler sebentar. Kalau pekat sgt, saya panaskan sedikit cream dan campurkan kpd coklat ganache supaya cair sedikit.

- Tuangkan ke atas kek. Hanya dibhgn atas sahaja. Bhgn tepi tak perlu disalut. Simpankan sejuk.
- Bila dah sejuk, baru potong ditepi kek utk menyamakan tepinya.



















No comments:

Post a Comment