iklan

Lauterbrunnen

Tuesday, 9 July 2013

Ayam Masak Ungkep




Agak baru jugak merasa masakan ala jawa ni. Kawan masak dan bawa untuk kami merasa. Sedap jugak. Bila di google, ada banyak versi. So dicampur2 kan dengan pelbagai versi maka jadilah Ayam Masak Ungkep versi saya...

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam potong kecil
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 camt jintan manis, jintan putih dan ketumbar setiap satunya.
2 hiris lengkuas
1 hiris halia
2 batang serai
1/2 in kunyit hidup

Semua bahan di mesin halus kecuali ayam. Perapkan bahan rempah dengan ayam.
Panas kan minyak untuk menumis. Masukkan ayam yg diperap dan masak sebentar hingga mesra. Masukkan sedikit air dan tutup periuk. Masak hingga ayam empuk. Sesuaikan rasa...

No comments:

Post a Comment