iklan

Lauterbrunnen

Thursday 18 July 2013

Onde-onde aka Buah Melaka...

Kuih yg ringkas sahaja sebagai pemanis mulut. Menu utama Nasi Arab, beli drp Restoran Saba'...., hari ni balik lambat sikit dan lupa nak rancang drp pagi, so lauk2 semua keras2 dalam peti ais. Tak sempat rasanya nak nyahbekukan..., so hari ni, menu utama gi beli je la.....



Bahan-bahan :
(Tiada sukatan yg tepat, agak2 sahaja dan tambah air sehingga tepung boleh bersatu menjadi doh. Letak air sikit2...)

Tepung pulut 2 cawan
Tepung beras 1 sudu
air daun pandan
garam
Gula melaka dipotong kecil2...

Panaskan air dalam periuk.
Satukan bahan kecuali gula melaka, dan tambah air sikit2.
Doh jgn lembik sgt, biar agak2 kering.
Bulat2 kan dan masukkan gula melaka.

Bila air dah mendidih, teruskan masukkan dalam periuk dan biarkan hingga kuih timbul sendiri.
Angkat dan biarkannya sejat dalam tapis.
Salut dgn kelapa yg diparut bhgn putih sahaja...


No comments:

Post a Comment