iklan

Lauterbrunnen

Friday 19 July 2013

Kuih Lopes


Menu berbuka hari ke-10, Nasi Putih, Daging Goreng Kunyit dan Kuih Lopes....



Intai-intai resepi diinternet, lebih kurang sama je semuanya..., rasanya daripada sumber yg satu.., tapi tidak pasti siapa yg empunya resepi asal..., tapi saya pinjam resepi ini drp Blog Resepi Raidah... TQ..

Cara kuih Lopes ini cara yg mudah..., tapi kurang umphhh tak macam yg biasa mak saya buat dulu2. Nak buat cara mak buat, tak berbaloi pulat sebab memakan masa yg lama dan nak kena beli daun pisang la plak. Mak biasa buat yg kena tanak sekejap pulut, lepas tu balut dalam daun pisang, gulung kemas2 dan ikat ketat2 sebelum direbus lagi...

Perbezaan ketara ialah kuih lopes resepi ni tak mantap..., longgar je rasanya kalau makan...
Tapi boleh la, nak senang kerja...

Saya ubah2 sikit cara kerja utk lebih menyenangkan...

Bahan-bahan :

2 cawan pulut direndam dgn sedikit kapur makan dan pewarna hijau selama 3 jam
2 1/2 cawan santan cair+ air daun pandan ( saya mesinkan 5 helai daun pandan, 1 genggam kelapa parut dan 2 cawan air, lepastu tapiskan dan dapatkan airnya.) - kalau guna 2 1/4 cawan rasanya lg ok, sebab 2 1/2 cawan mcm lembik sedikit kuihnya....
garam
Kelapa parut + garam utk salut kuih

Cara-cara :

1. Pulut yg direndam dibilas dgn air dan dikukus selama 20 minit.




2. Selepas 20 minit, masukkan campuaran santan dan dikacau rata. Kukus lagi 30 minit.

3. Ambil bekas yg sesuai, lapik dgn plastik.

4.  Setelah pulut masak, masukkan ke dalam bekas dan ditekan2 supaya pulut menjadi padat.

5. Bila sudah sejuk, baru dipotong dan digaul dgn kelapa dan boleh dihidang.




Air gula


Sukatan ikut agak2, masakkan gula melaka + beberapa sudu gula pasir dan air. Letakkan sehelai daun pandan. Biarkan mereneh hingga pekat.



No comments:

Post a Comment