Ketupat yang dah siap..., sedap dimakan dengan rendang...
Menu ni telah dimasak semasa menyambut Aidil Adha 2013...
First time buat sendiri setelah pemergian mak. Biasanya memang mak akan buat dan kami hanya tolong2 sahaja. Setelah hampir 3 tahun mak tiada, baru kali ni nak cuba buat sendiri... Mak akan buat ketupat daun palas style org utara.
Bahan-bahan :
1 kg pulut
1/2 kg santan
1 sudu garam
1 sudu gula
Daun palas secukupnya yg telah dibuka dan dilipat dahulu sebelumnya....
Cara-cara
Panaskan santan + pulut, gula garam dan gula. Tanak hingga hampir masak.
Biarkan sebentar hingga sejuk sedikit baru di masukkan dalam daun dan lipat kemas.
Panaskan air dalam periuk agak besar. Bila dah mendidih, masukkan ketupat tadi dan rebus 30 - 40 minit.
No comments:
Post a Comment