iklan

Lauterbrunnen

Tuesday, 14 January 2014

Daging Goreng Kunyit...


Hidangan yang dimasak sempena mendapat daging korban..., dah lama masaknya cuma baru ada kesempatan mengupdate blog....

Disebabkan en suami dan anak kalau makan daging kena yg lembut2 shj, maka daging goreng versi saya lain sikit drp yang biasa org lain masak...

Bahan-bahan :

1/2 kg daging
1 biji bawang besar dihiris memanjang
3 ulas bawang putih dihiris nipis
2 batang cili merah dipotong
2 batang cili hijau dipotong
2 in halia dipotong nipis memanjang
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 cawan minyak

Cara-cara :

Daging dipotong agak besar dlm bongkah 5 cm.
Rebus hingga agak empuk lebih kurang 1 1/2 jam.

Bila dah empuk, potong nipis dan gaul dgn serbuk kunyit dan garam.
Panaskan minyak, gorengkan daging 2 minit, masukkan bahan hiris yang lain dan goreng lagi hingga bawang dan cili layu dan mesra. Sesuaikan rasa masin dan manis.




No comments:

Post a Comment