iklan

Lauterbrunnen

Tuesday, 5 March 2013

Apam Tepung Gandum...

Teringin sangat nak makan. Buat pun senang je. Terima kasih kepada Che Mat Gebu atas resepi yg dipaparkan di blog Tiffinbiru....



Bahan-bahan :

200 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
75 gm gula perang
1 sudu yis
1 1/2 cawan air suam + 1 sudu teh gula

Cara-caranya :

air suam + yis dan biar sebentar 5 minit hingga kelihatan berbuih.
Tambah tepung dan gula.
Biarkan kembang sebentar.
Lapik loyang dgn parchment paper.
Panaskan kukusan.
Tutup loyang dgn aluminium foil.
Tuang adunan dalam loyang dan kukus hingga masak 30 - 45 minit.
Bila dah masak, sejukkan dahulu, baru dipotong...

5 comments:

  1. SUDU YIS TU SAIZ APA ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudu makan atau sudu besar...

      Delete
    2. terima kasih kerana menjawab soalan saya

      Delete
  2. Kalau x letak yis boleh x eh..
    Huhu..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh..., nanti adunan tak kembang..., jadi mcm bingka nanti...kenapa tak nak letak yis ?

      Delete