iklan

Lauterbrunnen

Thursday 31 July 2014

Kek Lapis Masam Manis...


Resepi yang setiap tahun buat..., untuk Raya 2014, dah 2 biji kek dibuat...


Bahan-bahan :

Telur - Merah 16 biji, putih 7 biji sahaja
Gula Caster 200 gm
Ovalette 1 sudu besar
Tepung Hong Kong 280 gm
Horlicks 1 sudu besar
Butter 2 ketul - hilangkan sejuk drp peti ais dan dikacau dgn tangan sebentar sahaja dgn 2 sudu susu pekat manis

Cara Membuat :

1. telur + gula + ovalette - dipukul hingga kembang dan putih. Guna High speed..., mcm kat bawah saya guna speed no 8...


2. adunan atas tadi di campur tepung hong kong dan horlicks
3. masukkan butter dan dikacau sebentar. Semua saya guna pemutar... guna speed yang rendah 1 atau 2.



4. Adunan telah tersedia untuk diwarnakan dan dibakar selapis-selapis.

5. Adunan dibahagikan kepada 3 warna,dan diwarnakan mengikut warna kesukaan. Saya timbang adunan keseluruhan dan bahagi 3.

6. Untuk membakar, adalah elok kalau menggunakan oven sarawak, sebab proses membakar adalah lebih cepat. Saya pakai oven biasa sahaja tetapi guna suhu maksimum. Mula2 pakai api atas bawah utk 2 lapisan pertama, lepas tu guna api atas sahaja.

7. Untuk setiap lapis, kita guna 4 - 5 sudu adunan dan ratakan dalam loyang.

8. Boleh juga ditambah dengan buah asam keping untuk memberi rasa yang masam.

9. Untuk lapisan 2 terakhir, boleh gunakan api atas bawah semula dan kurangkan suhu kepada 170C.
















 Ini batch kedua tahun 2014, baru buat semalam.
Kali ni adunan di bahagi 2 bahagian sahaja dan di bakar selang seli warna nya..
 




4 comments:

  1. assalamualaikum ...bonda resepi bonda ni nampak simple2 ..tapi macam kek sarawak ni..kalu tanpa kepakaran dan kesabaran yang tinggi mau hilang dan hnacurr dapurr...hihi... apa pun saya mmg sukaaa kek sarawak ni.. tak biasa buat kek ni pun dah pandai buat kek biasa pun jadi da.... thanks bonda share resepi ni....

    salam ukhwah dari saya www.mommylina.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam, nampk sedap..dan menarik.tp kalau nak buat alahai malasnya..
    jmput singgah blog saya pula
    http://nutriemom.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Saya dah rasa kek lapis ni. Sedapnya. Nnt buat sy nak beli ya

    ReplyDelete