iklan

Lauterbrunnen

Thursday 31 July 2014

Murtabak Maggi...



Resepi ringkas....


Kualiti gambar yang hampeh... ;)

Feveret Aman ni... Sodap bonar katanye..



Bahan-bahan :

1 paket Big Curry Maggi
3 biji telur
1 labu bawang besar potong dadu
1 keping daging burger dihancurkan / 1/4 cawan daging kisar
1 sudu teh serbuk kari dan 1 sudu teh serbuk kurma
2 sudu daun sup/ bawang dipotong halus.

Cara-caranya :

1. Tumiskan bawang besar hingga naik bau.

2. Masukkan rempah dan kacau rata. Masukkan daging dan masak hingga kering.

3. Sambil tu rebuskan maggi hingga lembut. Perencahnya jgn dimasukkan. Toskan maggi.

4. Dalam magkuk besar, pecahkan telur dan masukkan maggi, serbuk perencah, dan daging yang ditumis tadi. Kacau sebati.

5. Guna non stick pan dan letak minyak sedikit, dan taungkan adunan dan masak rata dikedua-dua belah.



4 comments:

  1. sedapnya...rasa nak buat je balik keje petang ni.

    http://bit.ly/1rIYOlb

    ReplyDelete
  2. apa la yang ada pada gambar..asalkan sedap

    ReplyDelete
  3. nampak sedap.. mesti cuba ni. jom singgah blog saya shahhaslinda.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. nampak sedap....kat rumah ada maggi blh try buat ni....

    ReplyDelete