iklan

Lauterbrunnen

Thursday, 31 July 2014

Sagu Gula Melaka Berkuah Santan

 Menu berbuka puasa hari pertama lagi..., tapi disebabkan malas berbenor nak update blog, sudahnya dah musim raya baru nak masukkan....

Kuih yang simple tapi sejuk dan nyaman bila masuk tekak...




Bahan-bahan :
(untuk 6 bekas kecil)

1 cawan sagu biji
2 cawan air
2 titis pewarna

1 kotak kecil santan
1 sudu tepung jagung
Gula melaka

Cara Membuat :

Sagu di rendam sebentar.
Panaskan air dan masukkan sagu. Kacau selalu dan tunggu sehingga sagu bertukar menjadi jernih.
Angkat dan letak 2 titis pewarna, kacau dan masukkan dalam bekas kecil dan sejukkan.

Santan di panaskan dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan santan dan 1/2 sudu garam. Kacau hingga pekat.

Gula Melaka di masak dengan air hingga likat.


No comments:

Post a Comment