iklan

Lauterbrunnen

Thursday, 31 July 2014

Tiramisu...


Teruknya kualiti gambar..., memang malas nak adjust....;)
Gambar pakai handphone je dan keadaan pun kurang cahaya...., gambar jadi suram...

Resepi ringkas untuk buka puasa hari ke 8...

Bahan-bahan :

Biskut Ladyfinger
250 gm cream cheese
1 kotak kecil cream (200 ml)
1/2 cawan gula halus
esen vanila
1 sudu serbuk nescafe dibancuh dengan 1 gelas air suam
serbuk koko

Cara-caranya :

Satukan Cream, cream cheese, esen vanilla dan gula. Pukul hingga gebu.

Proses untuk melapis...

1. Ambil bekas yang transparent lagi cantik
2. Biskut ladyfinger di acu dalam bekas, kalau perlu dipotong untuk kasi muat dlm bekas, pastu golek cepat-cepat dalam air nescafe dan susun dalam bekas seperti gambar dibawah.


3. Letakkan lapisan cream tadi..., buat satu lapisan.


 4. Tabur dengan serbuk koko di atas permukaan. Ulang proses sama sekali lagi, so kita dapat 2 tingkat lapisan tiramisu.


 5. Sejukkan dalam peti ais...





No comments:

Post a Comment