iklan

Lauterbrunnen

Sunday 20 November 2011

Kek Kukus Butter Egg



Hari Jumaat Kelab Guru nak buat pot luck... Dah banyak makanan berat kawan2 plan nak bawak, so sy ingat nak buat kuih2 je la... Teringat makan kek ni masa kat HK, sedap...., kat restoran Cina Muslim kat Masjid Wan Chai, so kita cubalah... Tapi ada sikit lain versinya, kek ni lebih gebu drp kat HK tu....

Bahan-bahan :

4 biji telur 
125 gm gula castor
1/2 sudu ovallet
1 sudu susu pekat manis
200 gm butter dilembutkan dan dicampur susu pekat manis tadi.
190 gm tepung superfine
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat :

Telur + gula + ovalet dipukul sampai putih dan pekat.
Masukkan tepung sedikit2.
Masukkan butter tadi ke dalam adunan tepung, gaul sebati.
Masukkan adunan dalam loyang yang dilapik kertas minyak dan dikukus 40 minit - 1 jam.







1 comment: