Bahan-bahan :
3 biji kentang
3 sudu susu segar, kalau tak de pakai susu cair pun boleh...
garam secukup rasa
1 sudu teh lada hitam
Cara Membuat :
Kentang dipotong kecil, nak lagi cepat potong dadu mcm nak buat inti karipap.
Rebus dgn air yg separas kentang.
Tambahkan garam.
Bila dah empuk, masakkan sehingga air kering dan terus dilecek hingga halus.
Masukkan susu dan lada hitam.
Sesuaikan rasa dan sedia dihidang.
Bahan sos :
2 sudu mentega
2 sudu tepung gandum
1 sudu teh lada hitam
1/2 kiub pati ayam
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu sos tiram
kicap
3 cawan air
Cara membuat :
Panaskan mentega + tepung gandum dan dimasak sehingga kekuningan. Api perlu sentiasa kecil.
Bawang sy suka mesin halus supaya nampak halus je sos.
Masukkan bawang, air dan bahan2 lain. Kacau sehingga tidak ada gentelan.
Masukkan kicap sehingga mendapat warna yg digemari.
Masak sehingga kepekatan yg diminati, tambahkan air jika masih bergentel dan kacau selalu.
No comments:
Post a Comment