iklan

Lauterbrunnen

Friday 25 November 2011

Chicken Chop



Ni yang di buat utk menu berbuka puasa hari ke-6 tahun 2012....



Bahan-bahan untuk Ayam:

1 ekor ayam - ambil dan potong nipis isi di bahagian dada dan peha.
1/2 labu bawang besar - dimesin
2 ulas bawang putih - dimesin
tepung gandum secukupnya
serbuk roti secukupnya
1 biji telur
minyak utk menggoreng

Bahan sos :

1/2 labu bawang besar - dimesin
2 ulas bawang putih - dimesin
3 sudu brown sauce, boleh dibeli dikedai yg jual bahan bakery - dibancuh dgn 1 cwn air.
2 sudu butter
1 sudu serbuk lada hitam
cendawan butang- jika suka

Bahan-bahan utk Coleslaw :

kobis
carrot
mayonis
garam
lada hitam


Cara Membuat :

1) Ayam yg dipotong nipis tanpa tulang diperap dgngaram, bawang besar dan bawang putih. Kalau boleh semalaman. Kalau tak perap selama tu pun ok gak rasanya.

2) Sementara tu, buat sos dahulu. Tumis mentega dgn bawang sampai layu dan masukkan brown sauce.
3) Api perlu kecil sahaja, dan tambahkan lagi air jika bergentel dan masukkan lada hitam dan bahan lain.
4) Masak hingga kepekatan yg disukai.

5) Sediakan coleslaw : kobis dan carrot dipotong dadu halus, ditambah garam, lada hitam dan mayonis.


6) Untuk menggoreng ayam : panaskan minyak.
7) Sediakan 3 piring utk diletakkan tepung gandum, telur yg dipukul sebentar, dan serbuk roti.

Ayam yg diperap tadi.

Sediakan 3 bekas utk tepung gandum, telur dan serbuk roti.

Mula ayam golek dalam tepung gandum.

Lepas tu, dalam telur.

Lepas tu dgn serbuk roti....

Lepas tu goreng dalam minyak panas...

8) Ayam yg diperap tadi digolek dalam tepung gandum dahulu, kemudia dicelup dalam telur dan akhir sekali dalam serbuk roti sebelum dilepaskan dalam minyak panas.
9) Goreng hingga kekuningan.

No comments:

Post a Comment