iklan

Lauterbrunnen

Thursday, 12 July 2012

Cake Marble Chocolate Pandan




Melihat2 resepi di blog masam manis

Esok nak buat pot luck, tengok kek ni mcm sedap je..., so, kita try la ye....


125 gram mentega, cair dan sejukkan
125 gram gula kastor
125 gram tepung gandum, diayak 
4 biji telur gred A
1/2 camca besar ovallate
2 camca besar susu pekat manis
1/2 camca besar esen vanilla
1/2 camca besar coklat emulco
1 camca besar serbuk koko
1/2 camca besar pes pandan


Cara membuatnya


Tepung, telur, ovallete, susu pekat, gula dipukul laju hingga menjadi putih dan pekat.


Masukkan mentega cair dan digaul sebati.


Bahagikan adunan kepada 2 bahagian,


A : + pes pandan


B : + coklat emulco dan serbuk koko


Dalam loyang pembakar, saiz 8", dilapik kertas.


Sudukan adunan A sebanyak 2 - 3 sudu , diikuti adunan B juga 2 - 3 sudu. Buatkan secara berselang-seli hingga habis.


Bakar dalam ketuhar suhu 160 C selama 40-50 minit.


Coklat Ganache


500 gm coklat
300 gm krim
30 gm sirap glukosa


Panaskan krim dan sirap sampai berbuih di tepi periuk.
Tuangkan ke atas coklat yg dipotong kecil.
Kacau rata hingga coklat cair.


Tuangkan atas kek secara nipis dahulu dan simpan dalam peti sejuk supaya keras sedikit.
Selepas 1 jam, baru tuang drp tengah bhgn kek dan dibiarkan coklat jatuh sendiri sambil mengiring2 kan dulang kek, tapi elok2 jgn sampai tergolek pulak kek...

No comments:

Post a Comment