Resepi Bonda.....
Bahan Inti :
Gambar atas, saya guna ayam.
300 gm ayam kisar atau daging kisar
1 sudu rempah daging dan 1 sudu rempah kurma
1 biji bawang besar potong dadu
2 sudu bawang merah dan putih kisar
2 pokok daun sup dicincang halus.
1 sudu minyak menumis.
Cara :
Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan rempah kari dan kacau sebentar.
Masukkan ayam kisar dan sedikit air.
Masak hingga kering.
Bahan Pastri :
600 gm tepung gandum
2 sudu besar marjerin atau mentega
250 - 300 ml air sejuk berais (ikut keadaan lembiknya...)
1 biji telur
garam
250 gm pastri marjerin. (boleh didapati di kedai menjual bahan bakeri, 1kg = RM 7.50, warna putih...)
1 biji telur ( bhgn putih utk lekatkan 2 cantuman karipap dan bhgn merah + pewarna kuning utk disapu di atas karipap...)
Cara membuat pastri :
Semua bahan kecuali pastri marjerin di gaulkan dgn air dan diuli hingga sebati.
Doh yang dah siap dicanai hingga nipis.
1/3 drp pastri marjerin dipotong kecil2 dan diletak atas doh yg dicanai tadi. Seperti gambar di bawah.
Akhirnya, jadi mcm gambar dibawah..., marjerin pastri yg dipotong kecil telah dilepa atas keseluruhan doh yg dicanai...
Doh dilipat tiga, dan dicanai lagi....
Ulang bubuh pastri marjerin lagi 1/3 dan ulang lagi sekali selepas itu... ( 3kali letak marjerin pastri...)
Lepas dah letak pastri marjerin 3 kali, ulang lipat tanpa marjerin pastri sebanyak 3 - 4 kali lagi utk memberi lebih lapisan kepada puff...
Guna penerap btk bulat sebesar 10 - 12 cm diameternya dan masukkan inti. Dicantumkan tetapi jgn ditekankan sgt bhgn tepi. Untuk lekat, sapukan putih telur. Sebelum bakar, sapukan merah telur di bhgn atas curry puff.
Bakar dalam oven 180 C selama 20 - 30 minit.
No comments:
Post a Comment