Lapar pulak petang2 jumaat ni. Teringat nak makan cucur udang. Melawat ke blog Mat Gebu, pinjam resepi cucur udang....
Buat setengah adunan je, utk makan dgn anak je. Cik Abe lambat balik....
Untuk resepi sebanyak itu, saya dapat dalam 5 biji cucur udang...
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 camca besar yis
3/4 - 1 cawan air
tauge, kucai
kunyit
garam
5 - 6 ekor udang
Cara membuat
Campurkan semua bahan dan ditambah air. Sukatan air bergantung kepada keadaan tepung.
Panaskan minyak utk menggoreng.
Rendamkan senduk dalam minyak panas.
Setelah panas, sendukkan sedikit adunan dlm senduk dan letak udang seekor diatasnya.
Rendamkan senduk dalam minyak panas.
Setelah agak kekuningan sedikit, cungkilkan cucur dgn garfu supaya tertanggal.
Sos cili
Bahan-bahan
4 biji cili merah, dibuang bijinya.
1/4 cawan gula
1/8 cawan cuka
1 ulas bawang putih
garam
Cara membuat :
Cili + bawang putih dimesin halus.
Campurkan semua bahan dan sedikit air dan dimasak atas api hingga pekat...
No comments:
Post a Comment