iklan

Lauterbrunnen

Wednesday 25 July 2012

Kuih Kaswi



Resepi ni saya ambil drp MyResepi oleh Miazahira..., tapi saya ubah suai sikit....

Bahan-bahan :

3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi
1/4 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
1 1/2 sudu air kapur
1/2 sudu teh nescafe
kelapa parut + sedikit garam

Cara membuat :

Campur semua bahan dan dikacau hingga gula larut.
Kalau elok ditapis supaya tiada yg berketul.
Panaskan sekejap di atas dapur, mcm kita buat koleh kacang tetapi sekejap sahaja hanya setakat nampak mcm sedikit je pekat, lebih kurang dalam 2-3 minit je.
Angkat dan tuang dlm acuan dan kukus. Acuan perlu dilencer dgn sedikit minyak masak.
Kalau acuan kecil2, dalam 15-20 minit sudah masak.


 Kaswi sedang dikukus....


Dah siap masak, biarkan sejuk..., keluarkan drp acuan dan gaulkan dgn kelapa parut...

No comments:

Post a Comment