A Bahan Utk Bahagian Bawah
200 gm beras pulut
200 ml santan
1/4 sudu kecil garam
B Bahan Utk Bahagian Atas
40 gm tepung gandum
120 gm gula
3 biji telur
275 ml santan
3- 4 helai daun pandan
secubit garam
beberapa titik pewarna hijau.
C Bahan utk mengasingkan bhgn atas dan bawah
3 sudu tepung gandum + 4 sudu air.
Cara membuatnya :
1. Kelapa parut + 400 ml air di mesin utk keluarkan santannya. Keluarkan separuh drp kelapa itu (utk santan bhgn bawah) dan masukkan hirisan pandan dan dimesin bersama2 (utk santan bhgn bawah).
2. Santan bhgn bawah + pulut dan garam di kacau dan dimasukkan dalam loyang dan dikukus dalam 30 minit atau hingga masak.
3. Sambil masak pulut, kita sediakan bhgn atas. Campurkan semua bahan B.
4. Bekas atau loyang utk masak Seri Muka dilapik dgn plastik supaya senang nak dikeluarkan dan tidak melekat pada loyang nanti.
5. Pulut yang telah masak di tekan hingga padat dalam loyang.
6. Bahan C dibancuh dan disapu selapis nipis di atas keseluruhan permukaan pulut. Kukus 5 minit.
7. Tuangkan Bahan B dan dikukus selama 20 - 30 minit lagi atau hingga masak.
8. Sejukkan sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment