iklan

Lauterbrunnen

Saturday 28 July 2012

Roti Jala


Ambil Resepi ini drp blog Masam Manis. Cantik2 gambar yang Ita tu ambil.... Saya selalu melawat2 blog Masam Manis dan Blog Mat Gebu...

Menu Roti Jala ni utk berbuka puasa hari ke-8. Selain drp roti Jala, saya masak Nasi Ayam Penyet...

Bahan-bahan :

Utk sukatan ini, kita akan dapat 7 @ 8 keping roti jala.


1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu cair @ kalau tak suka letak susu, tukarkan dgn air sahaja.
3 sudu mentega cair
1 biji telur
garam secubit
pewarna kuning

Cara membuat  :

Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati atau kalau nak senang masukkan dalam blender dan blend hingga halus.
Kalau boleh ditapis dahulu supaya tiada yang bergentel.

Untuk roti jala yang seperti di atas, kita gunakan botol muncung 3.
Ada dijual di kedai2 bakeri atau di Daiso. Botol yang saya beli kat kedai Bakeri ni pun rupa2nya dtg drp Daiso. Kalau kat Daiso baru RM 5, kat kedai bakeri tu mereka jual RM 6.90.

Kalau suka ada 2 warna, kena ada 2 botol dan bahagi dua adunan dan letak warna kegemaran.

Botol muncung 3 - buat 2 warna...., asli dan kuning

Buat seperti di bawah, lipat dan gulung...

 Guna non stick pan, lebih senang sebab tak melekat. Saya sapu minyak sekali je masa sebelum menjala..., yg lepas2 tu tak sapu minyak pun...

yg dah siap masak..., lipat tepi kiri kana dan gulung...

Maka jadilah seperti ini...

Makan dgn kuah kari ayam + kentang...


Resepi Kari Ayam Roti Jala ....

11 comments:

  1. wahh beshnyer.. ptg nie nak buat roti jala.... baru beli acuan 3 muncung nie semalam kat daisho huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Kalau time dekat raya jgn harap nak dpt muncung tiga ni kat daisho.... habis org borong. Saya baru je dpt bli minggu lpas. Daisho pun jual byk dah skrg dia tau permintaan banyak

    ReplyDelete
  3. wahh..kreatifff! ni yg rasa nk wat roti jala skrg gak! tq sharingg... www.mamadarwisy.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. sedapnya nampak..terliur plak...dhla saya hantu roti jala..selalu buat tapi xprnh terfikir nak buat style mcm ni..hem dapat ilmu baru..boleh try ni untuk hari raya..tanks for sharing

    http://vitaminpilihansemua.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Asslamualaikum...kedai Daisho kat mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo kat lembah kelang ada beberapa tempat..., kat Aeon Seri Kembangan, IOI mall, the Curve pun ada...

      Delete
  6. Roti Jala Memang best, bila pekena dgn gulai kari memang terangkat...

    jika ada kawan2 yang nak buat majlis keramaian cth akikah, kenduri kesyukuran dll tapi tak sempat nak buat sendiri.. wan's katering sedia menerima tempahan roti jala.

    bolehlah layari : http://wanskatering.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. what language is this you speak so I can translate your recipe Roti Jala Memang that I loved.tks

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 cup flour
      3/4 cup water
      1/2 cup evaporated milk
      3 tablespoons melted butter
      1 egg
      pinch of salt
      yellow food colouring

      How to make:

      Combine all ingredients and mix well, or put in a blender and blend until smooth.

      Delete
  8. My recepi is much more simple.
    2 cups of Flour.4cups of water. 2 or 3 eggs.add 1 tb spoon of veg oil. A pinch of salt and a pinch of tumeric powder.blend till smooth.

    ReplyDelete