iklan

Lauterbrunnen

Saturday 11 August 2012

Karipap Pusing Gergasi


Bahan-bahan :

3 + 1 cawan tepung
1 cawan air
garam
5 sudu marjerin + butter (anggaran sahaja, ikut keperluan)

Inti keledek / kentang/ daging / ayam

Cara membuatnya

1) 1 cawan tepung + sedikit garam + marjerin/butter hingga boleh menjadi doh. Bahagi kepada 2 bhgn.
2) Dlm bekas yg lain, 3 cawan tepung + garam dan air (1 cawan- anggaran sahaja, lihat kepada keadaan doh)
3) Uli kan tepung kedua hingga menjadi doh, jgn terlalu lembik. Bahagi kepada 2 bahagian.
4) Ambil tepung kedua di leperkan sedikit dan masukkan tepung marjerin yg pertama tadi sebagai inti, dan ditutup semula.

5) Canaikan tepung hingga menjadi bulat


6)  Potongkan seperti jejari drp pusat bulatan dan gulung seperti gambar di bawah.

7) Teruskan gulung....


8)  Di canaikan gulungan tadi seperti gambar di bawah...

9)  Lepas dah leper, digulung drp hujung, hingga menjadi seperti di bawah..., penyekkan sedikit dgn tekankan sedikit bongkah tersebut.

10) Bongkah tersebut dipotong 4 atau 5, seperti gambar bawah...

11)  Bentuk terhasil selepas dipotong tadi, nampak byk bulatan dalam bongkah tersebut...

12)  Canaikan hingga menjadi doh yg nipis, canai hanya di sebelah permukaan sahaja..., kita akan dapat doh yg lagi besar drp tapak tangan kita..., lepas tu, masukkan 2 sudu inti dicantumkan dan dikelim ditepinya...


Inilah perbandingan saiz karipap yang terhasil..., sudu tersebut ialah sudu makan, bukan sudu teh...

Lepas tu goreng dalam minyak sederhana panas....

No comments:

Post a Comment