iklan

Lauterbrunnen

  • Renew Passport... - Ni update terkini...., hal-hal passport ni sentiasa berubah..., bagus juga perubahan demi menyenangkan pelanggan... Hari ni sempena cuti ganti untuk Deepa...
    2 days ago

Thursday, 20 September 2012

Puff Daging



Lapar plak petang2 mcm ni..., buat puff dgn pastry beli je. Senang sikit, kalau tak nak buat pastry sendiri bukan kerja senang, jenuh nak menggelek tepung....


Bahan -bahan :

10 keping Puff Pastry (saya beli jenama KAWAN), mcm gambar kat bawah....
1 biji telur

Bahan Inti :

1 cawan daging cincang
2 sudu bawang merah + bawang putih mesin
1/2 biji bawang besar potong dadu
1 sudu rempah kari daging
2 sudu daun sup / bawang cincang

Tumis bawang hingga wangi. + rempah kari, di masak sebentar. + daging dan sedikit air.
Masak sebentar, + bawang potong dadu dan daun sup. Masak hingga kering.



Keluarkan 10 minit awal kulit pastry drp peti ais. Ambil sekeping dan sapukan keliling pastry dgn telur yg dipukul sebentar. Tujuan seperti gam utk melekatkan puff nanti.



Isikan inti di tengah...



Lipat kan dua secara diagonal...


Tekan hujung puff dgn garfu utk lekat dan sebagai corak tambahan...
Bakar dalam oven suhu 180 C selama 15 minit atau sehingga kekuningan...






No comments:

Post a Comment