iklan

Lauterbrunnen

Sunday 21 October 2012

Bingka Labu




Teringin nak makan bingka. Nampak labu kat pasar, so kita buat bingka labu la....

Resepi saya ambil drp blog Mat Gebu. Terima kasih......

Tapi saya ubahsuaikan sikit resepi dan cara buat untuk ringkaskan kerja.


Bahan-bahan :

450 gm labu  (berat labu selepas direbus)
200 gm tepung gandum
180 gm gula
1 biji kelapa dan ambil 500 ml santan
1/2 sudu teh garam
5 biji telur
1 sudu mentega

Cara membuat :

1. Panaskan 3 cawan air. Potong labu kecil2 dan rebus hingga empuk, lebih kurang 15 minit.
2. Masukkan santan, labu, gula, telur, mentega dan tepung diblend hingga halus. Mungkin kena buat 2 kali.
3. Bakar dalam suhu 170 C selama 1 jam.

No comments:

Post a Comment