iklan

Lauterbrunnen

Sunday 7 October 2012

Laksa Johor

Resepi ni ambil drp blog Kak Jee :  http://www.dapurkakjee.com/2011/05/379-laksa-johor.html. Tq kerana sudi berkongsi resepi.... Banyak version 2 lain resepi laksa johor ni, tapi saya pilih version yg tak cerewet sgt bahan2 nya...

Saya ubahsuaikan sikit untuk kuantiti yang lebih kecil.




Bahan -bahan :
(Untuk 10 orang makan )

1 bungkus spagheti
6 - 7 ekor ikan selayang (direbus/kukus dan ambil isi, dan dimesin halus)
1 biji kelapa ( ambil 2 mangkuk santan)

Bahan untuk mesin : 2 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 hiris halia, 2 hiris lengkuas, 3 batang serai.

3 sudu cili mesin
1/2 cawan udang kering ( direndam dan dimesin)
3 sudu rempah kari ikan
1 sudu kerisik
1/4 cawan minyak untuk menumis

Cara-cara :

1. Panaskan minyak, tumis bahan mesin hingga naik bau. + cili mesin dan dimasak hingga garing.
2. + rempah kari ikan dan masak sebentar.
3. + ikan dan udg kering yg dimesin halus. + santan dan kerisik.
4. Masak hingga pekat dan sesuaikan rasa.

Bahan-bahan Ulam :

Taugeh, timun, bawang besar, daun kesom, bunga kantan, limau kasturi.
Sambal belacan.



No comments:

Post a Comment