Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi
5 1/2 cawan air
2 sudu minyak sapi + 2 sudu minyak masak
4 ulas bawang putih + 1 biji bawang besar + 2 in halia dimesin halus
300 gm daging dipotong nipis dan kecil
3 sudu rempah kurma
rempah penumis 4 sekawan
Cara-caranya :
Tumiskan rempah penumis dan + bahan mesin hingga naik bau dan garing.
+ rempah kurma.
+ daging dan dikacau sebentar. + sedikit air. Renehkan dgn api kecil selama 45 minit.
Selepas daging empuk, + air dan dimasak seperti biasa dgn rice cooker. Bila air dah mendidih, masukkan beras dan garam.
Nasi ini sedap di makan dgn air asam....
Bahan-bahan air asam :
Cili padi, cili besar, cili hijau, belacan, bawang putih yg dibakar sebentar, asam jawa, limau kasturi, bawang besar, 2 biji tomato.
Cili padi + cili besar + cili hijau + belacan + bwg putih + asam jawa + 1 biji tomato dimesin dgn sedikit air, garam dan gula.
Bawang besar dan tomato dicincang atau hiris halus. + dgn bahan mesin. Perahkan asam limau. Sesuaikan rasa.
No comments:
Post a Comment