Sedap..., terima kasih kepada yg shara resepi. Saya ambil drp sini : http://hanamemories.blogspot.com/2010/06/muffin-pisang-crumble-berkeju.html
Dah selamat 4 biji masuk perut Aman..., sedap sgt la tu....
yg kuning2 tu ialah cheese...
Saya ubah suaikan sikit resepi dan cara membuatnya ikut mana yg rasa lebih senang...
Bahan:
Utk Crumb
50 gm tepung + 50 gm gula perang + 50 gm mentega sejuk + 1/2 camt serbuk kayu manis.
Gaulkan hingga menjadi spt serbuk roti.
Bahan muffin :
300 gm pisang dilecek
1/2 camt soda bikarbonat
1/2 camt baking powder
1/2 camt esen pisang
100 gm gula castor
50 gm gula perang
250 gm tepung gandum
1/2 cawan susu segar
2 biji telur
80 gm mentega dicairkan
75 gm keju cheddar dicincang
Cara-cara :
Dalam bekas yg besar, pisang dilecek. + soda bikarbonat dan baking powder. + telur, mentega cair, gula dan susu. Gaul rata. + Tepung dan digaul rata. + keju , gaul kan lagi.
Sebelum dibakar....
Cedok dalam bekas muffin hingga 3/4 bhgn shj, taburkan crumb di bahagian atasnya, dan bakar dalam suhu 160 C selama 30 minit atau hingga masak.
No comments:
Post a Comment