iklan

Lauterbrunnen

Sunday, 7 April 2013

Nasi Kerabu



Menu lunch tengahari hari ni....


Bahan-bahan :

Nasi :

2 cawan beras + 3 cawan air perahan bunga telang yg diramas2 dan ditapis + daun limau purut ( saya pakai daun salam). Masak nasi seperti biasa.


Ulam-ulaman :

Pelbagai jenis boleh digunakan, antaranya, daun selom, kobis, timun, kacang panjang, daun kesom, bunga kantan, bawang besar, tauge,....

Daun dipotong halus2.

Sambal Cili dan Budu :

Cili padi + garam + cuka + gula - dimesin dan sesuaikan rasa.

Budu + cili padi dipatahkan


Sambal Kelapa + Ikan :

Ikan selayang di rebus dgn asam keping dan garam. Kopek isinya dan ditumbuk hingga halus.
Kelapa digoreng hingga kekuningan dan ditumbuk sedikit.
Bawang, bawang putih, halia dan serai dimesin atau ditumbuk + sedikit serbuk lada hitam, gula dan garam.
Campurkan kesemuanya sekali dan sesuaikan rasa,

 Untuk kali ni, saya pakai isi ikan dan kelapa instant, beli siap, pesan kat kawan yang balik Kelantan. Sonang keje....


Kuah Tumis :

Bawang, bawang putih, halia ditumis dgn cili mesin. Ketukkan serai. Masukkan 2 cawan santan dan dibiarkan reneh hingga pekat. + 3 sudu budu, 2 sudu gula/ gula melaka dan 1 keping asam jawa.



Lauk tambahan, terpulang...., kali ni saya buat ayam goreng berempah....




No comments:

Post a Comment