First time sebenarnya buat laksa nyonya. Dulu masa arwah mak muda2, rajin gak buat laksa nyonya ni. Dan tak sangka rupanya anak dan cik abe suka rupanya.... Tiba2 je hari ni teringin nak makan, dan ikut je bahan apa yg ada dlm peti ais...
Bahan-bahan :
(4 - 5 org makan )
1 bungkus mee kuning ( atau sapa yg nak pakai laksa pun boleh...)
2 tangkai daun kesom
1 btg bunga kantan
1/2 - 1 biji kelapa ambil 1 liter santan ( ikut nak pekat mana, saya suka yg agak cair, tak muak...)
10 ekor udang
fishball
Bahan mesin :
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5-10 tangkai cili kering
1 in lengkuas
2 btg serai
1 in kunyit
1 sudu udang kering
3 biji buah keras
sedikit belacan
Bahan sampingan :
limau nipis
timun
daun sup
bawang goreng
telur rebus
Cara-cara :
Tumiskan bahan mesin sampai wangi.
Masukkan santan dan kacau supaya tak naik minyak.
Masukkan udang, daun kesom, bunga kantan dan fishh ball.
Sesuaikan rasa dan bila kuah dah masak, boleh dihidangkan dgn mee yang dicelur, timun potong halus, telur rebus, limau nipis, potongan cili dan taburan daun sup serta bawang goreng....
No comments:
Post a Comment