iklan

Lauterbrunnen

Friday, 26 July 2013

Butter Prawn...


First time sebenarnya masak Butter Prawn ni..., jenguk2 resepi kat internet..., singgah blog Kak Jee dan blog2 lain. Versi lebih kurang dan perbezaan tak banyak sgt antara satu sama lain...

Yg kurang drp gambar ialah telur tu tak digoreng lama. Lain kali kena goreng lebih sikit hingga sedikit coklat. Tapi rasanya memang umphh..., mungkin sebab goreng dgn butter..., berlemak2 la... Pernah makan kat kedai, tapi masa tuh tak rasa pun sedap Butter Prawn, tapi kali ni, memang nak kena masak lagi sebab sedap sgt rasanya bila kita buat sendiri...

Bahan-bahan :

Egg Floss

3 biji kuning telur
1 sudu butter + 1/2 cawan minyak.

Minyak dipanaskan dan kacau dlm btk bulatan. Telur dipukul sebentar dan dimasukkan ke dalam minyak dgn kedudukan yg agak tinggi sambil sebelah tgn mengacau minyak dlm btk bulatan. Masukkan telur dgn curahan yg halus kalau boleh. Teruskan mengacau dlm btk bulatan dan digoreng hingga coklat kekuningan.
Tapiskan dalam penapis dan biar minyaknya tos.

Bahan Udang
15 ekor udang
garam
serbuk black pepper
minyak goreng telur tadi atau kalau tak cukup tambah lagi dgn butter dan minyak

Perap udang dgn garam dan serbuk pepper.
Goreng hingga udang kemerahan tapi jgn terlalu lama nanti udang jadi keras.
Angkat dan ketepikan.

Bahan Tumis

2 ulas bawang putih
8 biji cili padi
3 tangkai daun kari
2 sudu susu cair

Bawang putih dan cili padi dicincang.
Dgn minyak goreng udang tadi, tumiskan daun kari, bawang putih dan cili padi hingga harum. Masukkan susu cair.
Masakkan sebentar dan masukkan udang.
Hidangkan dgn taburkan telur tadi.


No comments:

Post a Comment