iklan

Lauterbrunnen

Friday 26 July 2013

Pizza..



Malas sungguh nak masak sebenarnya hari ni... dah pukul 6 ptg apa pun tak mula lagi dan menu nak masak pun tak confirm lagi. Tiba2 plak teringat nak makan pizza. So, berpizza la kami berbuka hari ni.

Nasib la ada beberapa bahan yg boleh dibuat taburan. Cheese pun pakai cheddar je, so agak kurang nampak bertali...

Bahan-bahan Doh :
(utk pizza berdiameter 14 in)

250 gm tepung
130 ml air suam + 1 sudu teh yis + 1/2 sudu gula
1 sudu teh garam
2 sudu minyak zaitun

Tepung + garam dan minyak zaitun.
Bila campuran yis sudah kelihatan berbuih di campurkan kepada tepung.
Dikacau dan diuli hingga doh kelihatan halus.

Tutupkan doh dgn cling wrap dan biarkan 30 minit.

Bila dah mengembang, tumbukkan doh dan canaikan nipis. Letakkan atas dulang pembakar yg disapu sedikit minyak.
Sapu permukaan pizza dgn minyak zaitun dan dibakar dlm suhu 170 C selama 15 minit.

Selepas dibakar 15 minit, keluarkan drp oven dan sapukan permukaan pizza dgn sos spagheti ( beli siap je...) dan taburkan bahan kesukaan seperti sosej, hirisan ayam yg dimasak sebentar, bawang potong bulat, lada capsicum, tomato dll dan akhir sekali tabur dgn parutan cheese.

Bakar dalam suhu 180 - 200 C selama 10 minit...



No comments:

Post a Comment