iklan

Lauterbrunnen

Sunday 13 October 2013

Cream Puff...






Bahan-bahan :
(dapat menghasilkan 25 biji puff, bergantung kpd saiz...)

200 ml air
90 gm butter
120 gm tepung
4 biji telur dipukul dgn garfu sebentar.

Cara-caranya :

1. Oven dipanaskan dgn suhu 200 C.

2. Panaskan air + butter hingga mendidih.

3. Matikan api dan masukkan tepung, kacau hingga sebati.

4. Panaskan semula hingga tepung kelihatan kepingan nipis ditepi periuk. (kalau pakai periuk non stick, tak nampak..., so agak2 je la ye...)

5. Angkat periuk drp api, masukkan telur dan dikacau segera hingga sebati...

6. Masukkan dalam piping bag dan paipkan btk bulat berbunga, di atas loyang yg dilapik parcment paper.

7. Bakar dalam oven 200 C utk 15 minit pertama. Turunkan suhu ke 100 C gunakan function fan selama 10 minit lagi atau hingga kekuningan. 





Cream Custard

Bahan-bahan :

2 sudu tepung custard
2 sudu tepung gandum
1 cawan susu + 2 cawan air
8 sudu gula
2 biji telur
2 sudu butter
sedikit pewarna dan esen vanilla

Cara membuat :

Masukkan sedikit susu dan kacau tepung hingga rata dan tiada berbintil. + baki susu dan bahan2 lain.
Masak atas api sederhana hingga pekat.
Jgn biar terlalu kental, kerana bila dah sejuk custard akan jadi lebih kental.
Sejukkan.
Belah Puff tadi dan sapukan custard atau gunakan nozzle dan dipaip ke dalam puff...






No comments:

Post a Comment