Menu yang dah lama dimasak....., baru skrg nak letak dlm blog...
Masih lagi dengan demam daging korban..., kali ni kita masak tulang pulak- Sup Tulang Merah...
Sedap jugak sesekali tukar selera...
Bahan-bahan :
A : 1 kg tulang lembu, 1 btg serai, 2 in halia diketuk, 1 sup bunjut adabi dan air secukupnya utk merebus tulang.
B : 1 bii bawang besar, 3 ulas bawang putih, 10 tangkai cili kering, 2 sudu teh ketumbar, 1 sudu teh jintan manis, 1 sudu teh jintan putih, 1 sudu teh lada hitam - di kisar
1/2 tin tomato puree yg besar,
Rempah 4 sekawan utk menumis
Minyak untuk menumis
Cara-cara :
Bahan A direbus hingga empuk ( hampir 2 jam)
Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan rempah 4 sekawan hingga naik bau dan garing.
Masukkan tomato puree dan kacau sebentar.
Masukkan tulang dan air rebusannya.
Masak lagi hingga mesra dan sesuaikan rasa.
Tabur dengan bawang goreng dan hirisan daun sup/daun bawang.
Kuah sup ini agak pekat sedikit...
No comments:
Post a Comment