2 hari lepas buat pau..., saje guna resepi lain yg biasa digunakan..., sedikit perbezaan shj, tapi rasanya resepi yg biasa saya buat lagi sedap dan lembut....
So, resepi di bawah ialah resepi yg saya biasa buat...
Bahan-bahan :
(dapat 30 biji)
A : 300 gm air suam, 200 gm gula, 18 gm yis
B : 920 gm tepung Pau, 2 sudu kecil baking powder, 180 gm air
C : 1 sudu bread softener, 2 sudu minyak masak, 60 gm minyak sayur/jagung/shortening
Cara-cara
1. Bahan A dikacau dan dibiarkan 10 minit hingga berbuih.
2. Campurkan semua bahan A, B dan C dalam mixer dan di uli selama 10 minit dgn kelajuan perlahan sehingga nampak licin dan lembut.
3. Timbangkan dgn berat 30 - 50 gm setiap satu. Rehatkan 10 minit.
4. Masukkan inti dan di cantumkan dan dilapik dgn kertas. Rehatkan lagi 10 minit.
5. Kukus 8 - 10 minit dgn api yg besar.
No comments:
Post a Comment