iklan

Lauterbrunnen

Tuesday, 14 January 2014

Soto Medan...



Bahan-bahan :
(utk 10 pinggan)

1/2 ekor ayam dipotong 2.
1/2 kg tulang
sebuku lengkuas di ketuk
3 btg serai diketuk
2 kotak santan / 1/2 kg santan
1 sup bunjut
rempah penumis
Nasi Impit 15 ketul
2 cawan tauge
daun sup / bawang
bawang goreng
Bergedil



Bahan mesin :

1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
2 sudu ketumbar
2 in halia
2 in kunyit hidup

Tumiskan rempah penumis hingga naik bau. Masukkan bahan mesin dan ditumis hingga garing. Masukkan serai dan lengkuas.
Masukkan ayam dan sedikit air. Masak biar mesra sebentar.
Masukkan santan dan tambahkan air hingga kuah menjadi 2 liter.
Masukkan sup bunjut.
Renehkan sebentar
Sesuaikan rasa dan boleh dihidang. Enak dimakan bersama sambal kicap.

Sambal Kicap : Cili padi 15 btg + 2 ulas bawang putih dimesin + kicap manis.


No comments:

Post a comment