iklan

Lauterbrunnen

Thursday 31 July 2014

Karipap Pusing Gergasi


Resepi recycle shj. Buat dalam bulan puasa baru ni. Cadangnya nak buat karipap bakar, sekali marjerin pastri dah tak elok, so kena tukar program buat karipap biasa je...


Bahan-bahan :
(dapat 8 biji karipap gergasi)

3 + 1 cawan tepung
1 cawan air
garam
5 sudu marjerin + butter (anggaran sahaja, ikut keperluan)

Inti keledek / kentang/ daging / ayam
Telur rebus belah 4

Cara membuatnya

Kita akan buat 2 doh iaitu doh untuk inti dan doh tepung.

Doh Marjerin
1) 1 cawan tepung + sedikit garam + marjerin/butter hingga boleh menjadi doh. Bahagi kepada 2 bhgn dan bulatkan mcm bola.

Doh Tepung
2) Dlm bekas yg lain, 3 cawan tepung + garam dan air (1 cawan- anggaran sahaja, lihat kepada keadaan doh)
3) Uli kan tepung kedua hingga menjadi doh, jgn terlalu lembik. Bahagi kepada 2 bahagian juga.
4) Ambil doh tepung di leperkan sedikit dan masukkan doh marjerin yg pertama tadi sebagai inti, dan ditutup semula dan jadikan bulat seperti bola.Seperti gambar bawah.



5) Canaikan hingga leper.

6. Potong seperti gambar di bawah.

7. Gulungkan daripada bhgn yg dipotong seperti dalam gambar.


8. Canaikan hingga leper memanjang.

9. Gulungkan hingga jadi satu buku dan penyek2 kan atas dan bawah supaya mantap.

10. Potong kepada 4 bhgn dan kita akan nampak gulungan2 halus...

11. Ambil satu bhgn dan canai hingga nipis. Canai satu belah sahaja. Isikan inti dan telur rebus. cantumkan tepi dan kelim... Sedia untuk digoreng...



1 comment:

  1. baru kite tahu rupa-rupanya macam ni caranya kalau nak buat karipap pusing..

    ReplyDelete