iklan

Lauterbrunnen

Thursday 8 January 2015

Soto...




Resepi Ulangan....

Bahan-bahan : 10 org makan

A : Kuah soto

Tulang lembu - 200 - 300 gm
Ayam - 1/2 ekor
Rempah soto - 3 sudu besar atau mengikut kepekatan yang dihendaki.
1 sup bunjut
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia
Rempah penumis
Santan 1 cawan
Minyak menumis.

Cara-cara :
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis, sup bunjut, dan bawang + halia yg dimesin.
Selepas naik bau dan kekuningan, masukkan rempah soto + sedikit air.
Masakkan sebentar sebelum masukkan tulang lembu dan ayam, biarkan sekejap, sampai rempah mesra dengan ayam.
Masukkan air untuk dijadikan kuah.
Masak sehingga daging lembu lembut - dekat 2 jam.
Sementara tu, ayam yg telah cukup masak, diangkat dan dimasukkan santan ke dalam kuah soto dan dibiarkan renih lagi.
Bonda saya suka cari rempah soto yg sedap di Pasar Larkin, JB. Kedainya adalah yg no 2 belah kanan drp pintu masuk pasar. Nama kedai tak ingat....


B : Bergedil

Bahan-bahan :

300 gm daging cincang / ayam cincang
3 - 4 biji kentang direbus dan dilecek
1 biji bawang besar potong dadu
1 sudu rempah kari daging
2 sudu daun sup/bawang hiris halus
1 sudu tepung jagung
1 biji telur
Minyak utk menggoreng
garam

Cara membuat :

Campurkan semua bahan kecuali telur dan digaul sebati.
Dibentukkan bulat leper.
Panaskan minyak, celup bergedil dalam telur sebelum digoreng.
Goreng kekuningan.

C : Sambal Kicap

15 biji cili padi
1 biji bawang putih
1 sudu cuka
kicap manis

Cara Membuat :

Cili padi + bawang putih di rebus dalam kuah soto 5 minit.
Angkat semuanya semula dan dicampur bahan2 lain dan sedikit kuah soto dan dimesin.
Sesuaikan rasa.

D : Aksesori lain

2-3 biji nasi impit dipotong dadu
200gm Taugeh - dicelur
bawang goreng
Daun sup dan bawang
Soon digoreng dengan minyak panas.
Ayam yang dicarik halus.


No comments:

Post a Comment