Roti yang menjadi fenomena...
4 cawan tepung roti
1 sudu teh yis
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1/2 cawan plain yogurt
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan air suam
2 sudu susu tepung
1 biji telur - 1/2 biji untuk sapuan dan 1/2 lagi utk masuk dalam adunan roti
1 sudu susu segar / cair
Bahan taburan - kepingan badam, kuaci labu dan bijan hitam.
Cara-cara :
1) Dalam mangkuk adunan, masukkan yis dan gula serta air suam. Biar sebentar.
2) Masukkan semua bahan kecuali susu segar. Putar dengan mixer dengan kelajuan yang perlahan sahaja selama 10 minit.
3) Biarkan sebentar hingga adunan naik 2 kali ganda.
4) Pukul kan lagi untuk membuangkan angin dan bentukkan bulat dan letak dalam bekas pembakar.
Jarak2 kan dan biarkan sehingga adunan naik dan penuh.
5) Sapukan atas roti dengan campuran telur dan susu. Taburkan dengan bijian.
6) Bakar selama 10 minit dengan api bawah (170 C) dan api atas bawah selepas itu selama 5 - 10 minit hingga kuning keemasan.
Nota : Adunan adalah lembik, agak sukar membentuk bulat.
Sebelum di bakar...
Fresh from the oven...
Selepas dicurahkan sos Butterscotch...
Sos Butterscotch
1 cawan gula perang
1 cawan whipping cream
secubit garam
1 sudu the esen vanilla
2 sudu butter
Cara-caranya
Butter dipanaskan, + gula perang. Biarkan hingga gula larut. Kacau selalu takut hangus.
+ cream dan esen vanilla, dan biarkan mendidih.
Sos akan pekat lagi bila sejuk nanti.
No comments:
Post a Comment