iklan

Lauterbrunnen

Monday, 4 May 2015

Nasi Lemak Bonda...





Nasi Lemak
(5 org makan)

Bahan-bahan :

3 cawan beras basmathi
3 1/2 cawan air + ½ cwn santan
6 butir halba
1 biji bawang kecil dihiris
sehiris halia
sehelai daun pandan disimpul

Cara-cara :

Beras direndam sebentar dan dibasuh. Campurkan semua bahan dan dimasak seperti biasa. Selepas nasi hampir masak, masukkan daun pandan.

Sambal Tumis

1 cawan ikan bilis
2 biji bawang besar- 1 dimesin dan 1 dipotong bulat
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
sedikit asam jawa
1/2 cawan minyak untuk menumis.
15 tangkai cili kering

1.    Cili kering, bawang, bwg putih dan belacan dimesin.
2.    Tumiskan bahan mesin hingga betul-betul garing ( hingga naik minyak).
3.    Masukkan air asam jawa, + isi kerang dan bwng potong. Sesuaikan rasanya.

4.    Biar sambal agak kering sedikit.


No comments:

Post a Comment