iklan

Lauterbrunnen

Friday 5 June 2015

Roti Bun

 
 
 
 
Cubaan ke 2 sebenarnya ni selepas beli Bread Maker. Baru beli, so semangat masih hangat membara..., jangan lepas ni hangat2 taik ayam plak... ;)
 
 
Resepi daripada buku BM Noxxa
 
 
Bahan-bahan :
(28 biji)
 
4 cawan tepung roti
1 1/3 cawan air suam 27C
1/4 cawan minyak
1 biji telur (pukul dan tinggal kan sedikit untuk sapuan di atas roti nanti)
3 sudu gula
1 1/2 sudu the garam
2 sudu the yis kering
 
Cara-cara (Guna BreadMaker)
 
1. Dalam bekas penguli doh, masukkan air suam, minyak, gula, telur dan garam.
 
2. Masukkan tepung roti perlahan-lahan di atas permukaan cecair.
 
3. Masukkan yis.
 
4. Masukkan bekas tersebut dlm BM dan set ke program 10.
 
5. Program akan ambil masa 1 jam 30 minit untuk menguli hingga doh mengembang dan menyediakan persekitaran suhu yang sesuai utk proses pengembangan doh.
 
6. Sambil2 itu, buka dan lihat sekiranya semua tepung telah bergaul.
 
7. Selepas selesai program 10, keluarkan doh dan uli untuk keluarkan angin.
 
8. Timbang dalam anggaran 25 gm. Isi inti dan rehatkan sebentar, hingga naik lagi.
 
9. Sapukan telur + susu cair di permukaan roti, dan tabor sedikit bijan.
 
10. Bakar pada suhu 180C- 200C  selama 20 minit.

 
 
 










No comments:

Post a Comment