iklan

Lauterbrunnen

Thursday 11 June 2015

Home Made Yogurt

Siapa yang suka makan yogurt atau suka minum Mango Yogurt Drink yg macam Bliss Nestle..., patut buat sendiri. Mudah dan berbaloi..., berbotol2 boleh dapat Yogurt Drink...



Bahan-bahan

2 Liter susu segar
1 bekas kecil Yogurt Asli (Natural) tanpa perisa - Ibu Yogurt

Cara-cara

1 ) Panaskan susu hingga berbuih sedikit, dalam 10 - 15 minit, dengan api sederhana shj. Dan tuang dalam bekas.

2) Biarkan sejuk hingga suhu 40C. Kalau tak ada jangka suhu, agak2 sampai jadi suam. Kalau nak cepat, rendamkan bekas isi susu tu dalam besen yang diletakkan air.

3) Sementara itu, Ibu yogurt diletakkan pada suhu bilik.

4) Bila susu dah suam, campurkan yogurt dan kacaukan.


5) Tutup bekas tupperware.

6) Ambilkan Cooler dan letak air suhu 40C atau suam2 mcm tu. Letakkan bekas susu tadi dan tutupkan Cooler. Biar hingga 4 - 5 jam.




7) Selepas 4 jam..., taraaaa..., yogurt dah jadi.. Bila susu dah membeku, baru simpan dalam peti ais.



No comments:

Post a Comment