iklan

Lauterbrunnen

Friday 5 June 2015

Roti Ala Pizza

 
 
 
Cubaan ke 3 meroti..., kali ni guna resepi ada Water Roux. Fungsinya ia boleh memantapkan roti dan beri kekenyalan. Memang berbeza tekstur roti bila letak water roux.
 
 
Proses penyediaan Water Roux (kita akan dapat 4 sudu water roux ini)
 
25 gm tepung gandum + 125 ml air.
Dikacau hingga larut dan dipanaskan atas api perlahan hingga tepung menjadi kental.
Seperti gambar di bawah.
 
 
Bahan-bahan roti :
 
 
2 1/2 cawan tepung roti
 
1/2 cawan susu atau air suam 27C
 
2  sudu makan susu tepung
 
1 1/2 sudu makan butter / marjerin
 
1 biji telur (pukul dan tinggal kan sedikit untuk sapuan di atas roti nanti)
 
1 1/2 sudu makan gula
 
1 sudu teh garam
 
1 1/2 sudu teh yis kering
 
2 sudu makan water roux
 
 
Bahan-bahan topping
 
Mix vege, sosej dipotong bulat, mayonis dan sos cili atau inti sardine/tuna
 
 
Cara-cara (Guna BreadMaker)
 
1. Dalam bekas penguli doh, masukkan susu, butter, gula, telur, water roux dan garam.
 
2. Masukkan tepung roti dan susu tepung perlahan-lahan di atas permukaan cecair.
 
3. Masukkan yis.
 
4. Masukkan bekas tersebut dlm BM dan set ke program 10.
 
5. Program akan ambil masa 1 jam 30 minit untuk menguli hingga doh mengembang dan menyediakan persekitaran suhu yang sesuai utk proses pengembangan doh.
 
6. Sambil2 itu, buka dan lihat sekiranya semua tepung telah bergaul.
 
7. Selepas selesai program 10, keluarkan doh dan uli untuk keluarkan angin.
 
8. Timbang dalam anggaran 25 gm. canaikan bulat, sapukan dengan egg wash, letakkan toping dan biarkan hingga naik lagi.
 
 
9. Bakar pada suhu 180C- 200C  selama 20 minit
 
 

Water Roux

 Sebelum diletak mayonis dan sos..., yg didepan ialah roti yang disapu inti sardine...
 
 Selepas di letak mayonis dan sos..., mayonis diletakkan dalam piping bag dan digunting dihujung, bagi mendapat aliran yang halus dan mudah untuk dipaipkan atas roti.
 




 Selepas di bakar.... sedapppp
 



No comments:

Post a Comment