iklan

Lauterbrunnen

Friday, 25 November 2011

Talam Ubi

Bahan-bahan :

A - Bahagian Bawah

700 gm ubi kayu diparut dan ditoskan dgn kain.
400 ml santan perahan kedua
200 gm gula merah
100 gm gula putih

Cara Membuat :
1 ) Santan diapanaskan + gula dan daun pandan hingga gula hancur.
2) Gaul dgn ubi parut tadi dan masukkan dalam loyang dan dikukus hingga masak.

B - Bahagian Atas

1000 ml santan perahan pertama
70 gm tepung beras
70 gm tepung jagung
1 sudu teh garam

Cara membuat :
1) semua bahan digaul dan dimask sebentar atas api sederhana hingga sedikit pekat atau naik wap.
2) tuang di atas lapisan pertama tadi yg telah masak.
3) Tutup dgn aluminium foil.

Nota :
1) Loyang 10 x 10 in
2) Kelapa : 1/2 kilo santan atau 2 bj kelapa.

No comments:

Post a Comment