iklan

Lauterbrunnen

Wednesday 11 April 2012

Kek Kastard Karamel




Resepi ni ambik kat sini....http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=263057&extra=page%3D4

Alhamdulillah, first time buat..., jadi..., thank you pada yg empunya resepi...



Bahan-bahan

A -  Gula Hangus
       -   4 sudu besar gula - panaskan dalam loyang pembakar atas api sampai gula hancur jadi warna perang, ratakan gula di dlm loyang dgn menggoyangkan loyang...

B- Karamel
     -  3 atau 4 biji kuning telur + 1/2 cawan gula castor + 1 camt esen vanilla + 1/2 tin susu cair.
     -  Kacau sekejap, jgn terlalu kuat.

C - Meringue
      - 6 biji putih telur + 1/2 cawan gula castor + 1 sudu krim of tartar.
      - pukul dgn kelajuan tinggi hingga menjadi meringue...

D - Kek
      - 3 kuning telur + 135 ml air + 45 ml minyak jagung - pukul hingga kembang.
      -  + 1/2 cwn gula - pukul lagi
      - + 1 1/2 cwn tepung gandum + 1 sudu baking powder - kacau sebati.


Aturan kerja ikut huruf di atas, iaitu, sediakan A, pastu B, C dan D. Masa nak pukul putih telur, peralatan mesti kering dan tak boleh bercampur dgn bahan2 lain seperti telur kuning, nanti meringue tak naik..., sebab tu C kena buat dulu. Adunan D, tak kisah sgt....

Bahan C di kaup balikkan dalam adunan D hingga rata. Di bahagikan kepada 2 @ 3 bhgn dan diletak pewarna.

Loyang berisi gula tadi yg dah sejuk, + bahan B. Bahan B dimasukkan perlahan2 sambil ditapis.
Masukkan adunan kek 3 sudu secara berselang seli di atas satu sama lain hingga membentuk bulatan berselang2 warna. Buat sehingga habis kedua2 atau ketiga2 warna.

Oven di panaskan 160 C masa mula2 tadi.

Dlm dulang pembakaran, letakkan air paras suku ketinggian.
Letakkan loyang pembakar berisi adunan kek di atas dulang berisi air (kaedah steam bath). Tambah air lagi sekiranya perlu dan dibakar selama 1 jam...


Lepas dah masak (cucuk dgn lidi, kalau tak melekat, masak la tuh...), biarkan sejuk dahulu..., lebih kurang 40 minit...

Lepas tu, baru boleh diterbalikkan dan dikeluarkan drp tin pembakar.



No comments:

Post a Comment