iklan

Lauterbrunnen

Monday 9 April 2012

Kek Red Velvet





Ini rupa kek RV yg first time aku buat sempena birthday anak bujang yg ke-12. Abaikan dekorasi kat atas kek, tak pandai lagi nak buat..., tapi kek ni memang sedap rasanya..., hari ni buat, esok dah licin, tak pernah lagi buat kek selaju ni habisnya....




Ini kali kedua buat, elok sikit rupanya, dan rasa lagi sedap sebab saya kurangkan pewarna merah. Sebelum ni guna 2 sudu, keknya ada rasa mcm pahit2 sikit dan kali ni sy guna tepung naik sendiri, so kek lebih gebu....




Resepi ni pun ambil kat http://www.joyofbaking.com/RedVelvetCake.html

Bahan-bahan

A - 2  1/2 cawan tepung kek
      1/2 sudu teh garam
       2 sudu makan serbuk koko

B - 1/2 cawan butter ( separuh drp seketul 250 gm butter)
       1  1/2 cawan gula
       2 biji telur besar
       1 sudu teh esen vanilla

C - 1cawan buttermilk, kalau tak ada gantikan dgn 1 cwn susu segar + 1 sudu cuka, biarkan sekejap
       + 2 sudu pewarna merah ( tak pun pakai 1 sudu pun ok..., sebab kalau 2 sudu mcm ada rasa pahit sikit)

D- 1 sudu teh baking soda
      1 sudu teh cuka.

Cara membuat

1. Siapkan loyang dan lapik dgn kertas minyak. Panaskan oven suhu 160 C
2. Ayak bahan A
3. Pukul butter hingga lembut + gula, pukul lagi hingga kembang dan putih.
4. Masukkan telur, pukul lagi 1 minit, baru masukkan lagi sebiji + vanilla
5. Masukkan tepung 1/3, gaul lagi, + butter milk separuh, masukkan tepung lagi 1/3, pukul dan + buttermilk, gaul lagi dan habiskan tepung tadi dan gaul.
6. Proses seterusnya mesti buat dgn cepat : Gaulkan bahan D dan dgn segera gaulkan dlm adunan kek dan cepat2 masukkan ke dlm tin pembakar dan bakar, selama 40 minit atau hingga masak.
5. Dah masak, sejukkan.

Bahan cream

250 gm cream cheese ( 400 gm baru ok, 250 gm ikut resepi asal...)
110 gm butter
1 sudu perahan lemon ( aku pakai cuka je, lemon tak dan nak pi beli...)
1 sudu esen vanilla
2 sudu besar susu segar
100 gm gula ising

Cara buat
Pukul semua bahan hingga lembut.

Cara nak hias kek.
- utk mudah belah kek, kek disimpan dalam peti ais dulu. Kalau bhgn atas (sejuk beku - 20 minit)
- bahagikan kek kepada 3 bhgn.
- Letak lapisan pertama, sapukan cream, letak lapisan kedua, sapukan cream lagi dan bhgn atas sekali, sapukan semua bhgn dgn cream dan decorate....

No comments:

Post a Comment