iklan

Lauterbrunnen

Friday 24 August 2012

Kek Telur Putih




Saya ambil resepi ni drp Blog Kak Wan. Ni link nya..., http://resipicitarasawan.blogspot.com/2012/03/bolu-kukus-pelangi-putih-telur.html

Kek ni sesuai dibuat bila ada lebihan telur putih yg banyak selepas kita buat kek lapis Sarawak yg tak pakai telur putih dgn banyak.

Kek ni dikukus. Rasanya tak begitu sedap, mungkin sebab guna telur putih sahaja, so kurang enak di tekak saya ni...

Bahan-bahan :

Bahan A

500 ml putih telur
300 gm gula
1 sudu besar ovalette
1/2 sudu teh garam

Bahan B (di campur bersama)

100 ml susu cair
80 ml mentega cair

Bahan C

250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
25 gm susu tepung

Bahan D

3 perisa seperti coklat emulco, strawbery, pandan.
3 pewarna ikut jenis perisa.

Cara-cara membuat

Panaskan kukusan....

Bahan A dipukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan putih.
+ bahan B dan C berselang seli.
Bahagikan kepada 3 bahagian dan diwarna dan perisakan.

Sediakan loyang 8 in di lapik dgn kertas parchment.
Tuangkan lapisan pertama dan dikukus selama 7 minit.

Tuang lapisan kedua atas lapisan pertama tadi dan kukus 7 minit juga.

Tuang lapisan ketiga dan tutp dgn aluminium foil dan kukus selama 20 minit.

No comments:

Post a Comment