iklan

Lauterbrunnen

Friday 7 September 2012

Rainbow Cake with Italian Buttercream and Cream Cheese / Kek Pelangi




Kali kedua buat, khas utk Kak Azura yang tak dapat rasa masa bawa ke sekolah semalam...., kali ni buat besar dgn menggunakan 2 adunan sekali. Tin yg digunakan ialah 8 in....


Tengok daripada rupa kek ni memang teringin sangat nak cuba buat...., tapi tidaklah sedap sangat kek ni..., rasanya sedap lagi kek red velvet...


Untuk resepi kek, saya ambil drp blog Semanis Gula http://kakzusemanisgula.blogspot.com/2011/08/rainbow-cake.html

Untuk Italian Butter Cream, saya ambil sini : http://cakejournal.com/tutorials/how-to-make-italian-meringue-butter-cream/ Penerangan drp penulis blog ini sangat detail siap dgn gambar sekali. Apa yang penting masa masak gula , perlulah hingga mencukupi atau lebih drp 7 minit dgn api yg sederhana supaya gula tersebut tidak menjadi terlalu cair.

Untuk Cream Cheese, guna resepi yg biasa saya buat utk Red Velvet...., http://himpunanresepibonda.blogspot.com/2012/04/kek-red-velvet.html

Antara lapisan2 kek, saya guna cream cheese frosting..., utk lapisan luar, saya guna Italian Buttercream...

Bahan-bahan utk Kek :

3 cawan tepung + 3 sudu kecil baking powder
1 buku mentega (250 gm)
1 1/2 cawan susu
5 biji telur putih
1 1/2 cawan gula castor
esen vanila
6 jenis warna iaitu. ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah atau warna2 kegemaran yg lain.

Cara-cara :

1. Mentega + gula dipukul hingga putih berkrim.
2. + telur dan dipukul lagi.
3. + tepung diselang selikan dgn susu dan esen vanilla.
4. Timbangkan berat keseluruhan adunan dan dibahagikan kepada 6.
5. Warnakan dan dibakar hingga selesai. Suhu 170C selama 15 - 20 minit.
6. Loyang yg saya gunakan ialah diameter 6 1/2 in



Italian Butter Cream


Utk sukatan ini saya dapat menyaluti bhgn luar 3 biji kek rainbow....

Bahan-bahan :

1/2 cawan air
2 1/4 cawan gula
6 biji putih telur
680 gm butter
1 sudu esen vanilla

Cara membuatnya :

1. Panaskan gula dan air dgn api sederhana.

2. Sambil itu sediakan putih telur.

3. Selepas 5 minit air gula dipanaskan, mulakan mixer dan pukul putih telur dgn kelajuan sederhana selama 2 minit.

4. Perhatikan gula, jika menjadi terlalu pekat dan bertukar warna kuning, kecilkan sedikit api.

5. Tuangkan air gula ke dalam adunan telur yang masih berpusing, di bhgn tepi mangkuk.Kalau kita rasa di bhgn bawah mangkuk, kita akan rasa panas. Insyaallah tak ada apa2.

6. Teruskan proses memukul dgn kelajuan tinggi selama 10 minit lagi atau hingga bhgn bawah mixer menjadi sejuk.

7. Masukkan butter dgn keadaan mixer masih berjalan dan teruskan proses hingga adunan kelihatan bersatu dan gebu, lebih kurang 5 minit. Dah siap......

Cream Cheese

250 gm cream cheese
110 gm butter
1 sudu perahan lemon (saya suka pakai cuka je, rasa lebih masam...)
1 sudu esen vanilla
2 sudu besar susu segar
100 gm gula ising

Cara buat
Pukul semua bahan hingga lembut



No comments:

Post a Comment