iklan

Lauterbrunnen

Saturday 15 September 2012

Nasi Dagang Terengganu


Ingat hari cuti ni nak gi jalan-jalan..., dalam dok berkira-kira nak gi jalan, masa pun berlalu..., plan nak berjalan tak temui lagi destinasinya.

Teringat plak nak makan Nasi Dagang. Dah beberapa kali gak buat....

Dengan ketertibaan nya plan, jadi juga nasi dagang tanpa merendam beras dgn lamanya. Hanya sempat merendam selama 2 jam lebih je....







Bahan-bahan Untuk Nasi

4 cawan beras ( saya pakai beras basmathi moghul....hehehe, nak nampak nasi dagang panjang2..)
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair ( @ 1 1/2 cawan santan pekat + 1 1/2 cawan air) + halba + garam secukupnya + 1 sudu kecil gula
1 - 1 1/2 cawan santan pekat + 1 sudu kecil garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia

Cara memasak Nasi

1. Beras dan beras pulut di rendam 4 jam ( sy rendam 2 jam lebih je..., sebab plan tergesa2...)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit.
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dgn separuh dulu santan cair. Kaup balikkan dgn rata, biar seketika hingga semua air meresap. Tambahkan lagi dan lihat jika semua air telah meresap. Tunggu sebentar dan kalau perlu habiskan santan cair tersebut.
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dgn santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan....

Beras yang baru diangkat drp kukusan dan diarun dgn santan...

Bahan-bahan Untuk Gulai

1 ekor ikan tongkol ( saya gantikan dgn 1/2 ekor ayam dipotong kecil)

Bahan untuk dimesin halus

1 sudu ketumbar biji
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih
2 hiris lengkuas
1 hiris halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

3 sudu cili mesin
1 paket rempah cap bunga Ros ( kalau tak ade, gandakan aje bahan-bahan rempah utk mesin di atas)
1 - 1/2 liter santan drp 1 biji kelapa.
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
10 biji cili padi

Cara-cara Memasak

1. Santan di masak hingga naik minyak.
2. Dalam periuk lain, ayam di rebus dgn sedikit air dan ditambah asam keping lebih kurang 10 minit.
3. Bila santan dah tinggal separuh, tambahkan bahan mesin dan bahan2 lain.
4. Biarkan mendidih, sesuaikan rasanya dan masukkan air rebusan ayam sekali.
5. Masukkan ayam dan cili padi.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Kuah mesti agak pekat....


Acar Timun

Timun, Carrot, Cili Merah dan Bawang - dihiris memanjang

+ 1 sudu gula, 1 sudu garam dan 1 sudu cuka. Gaul sebati dan dihidang.

25 comments:

  1. Sila colek..., mudah2an menjadi....

    ReplyDelete
  2. Saya pun di perantauan nih... boleh la nk masak esok.. tq ;)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya...mgidam dah ni...nak tanyala rempah cap bunga Ros kat mana boleh beli?

    ReplyDelete
  4. Alhamdullilah tq sis.. da menjadi ns dagang tganu ikut resipi dr sis..

    ReplyDelete
  5. Alhamdullilah tq sis.. da menjadi ns dagang tganu ikut resipi dr sis..

    ReplyDelete