iklan

Lauterbrunnen

Wednesday 12 December 2012

Durian Crepe 7 Jenis Tepung

Jumpa resepi Durian Crepe guna 7 jenis tepung..., Terima kasih kepada tuan punya blog ini kerana sudi berkongsi resepi.... ni link blog tersebut... http://spicesjourney.blogspot.com/2012/11/crepe-pandan-durian-7-jenis-tepung.html





Bahan-bahan :

3 sudu besar tepung HongKong
3 sudu besar tepung Naik Sendiri
2 sudu besar tepung Ubi Kayu
2 sudu besar tepung Kastard
2 sudu besar tepung Jagung
2 sudu besar tepung Kentang
2 sudu besar tepung Superfine

2 sudu besar gula icing
2 biji telur
1/2 tin susu cair
1 sudu kecil garam
3 sudu mentega dicairkan
2 cawan air.

Bahan-bahan inti

300 gm whipping cream dipukul hingga pekat
Isi durian


Cara-caranya :

Campurkan semua bahan, kacau sebati dan tapis...
Untuk memasak crepe agar jadi nipis, saya pakai non stick pan utk masak telur mata kerbau yg bersaiz 4 in.
Masukkan 1/2 senduk adunan, di goyangkan pan hingga rata dan dicurah kembali lebihan tepung, supaya mendapat dadar yg nipis. Masak dgn api sederhana. Masa memasak pun sekejap, lebih kurang 1 minit shj bila kita lihat bhgn tepi dah mengering. Tidak perlu diterbalikkan, terus diangkat atas pinggan.

Bila dah sejuk, baru dilipat dgn cream dan isi durian.





No comments:

Post a Comment